Sunday 10 March 2013



Tapak Niaga Karnival Fonesta di Kolej Serumpun,UPM utk Disewa, 22,23,24 Mac 2013

PROGRAM : KARNIVAL FONESTA 2013
TARIKH : 22,23,24 Mac 2013
TEMPAT : KOLEJ SERUMPUN
MASA : JAM 0800-2300




Kolej 14 dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia akan mengadakan program Karnival Fonesta 2013 bertempat di Kolej Serumpun, UPM.

Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk menyediakan hiburan berbentuk aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi menarik semua pelajar UPM.

Karnival selama 3 hari ini berteraskan program keusahawanan, sukan dan rekreasi.

1. Fiesta Idol
2. Futsal
3. Cyberchallenge
4. Pet n Book Lover
5. Reccers Day
6. Etc.

Jadi, kami ingin membuka tempahan tapak jualan kepada peniaga luar bagi memeriahkan lagi aktiviti yang berlangsung.

1 Tapak/Booth Jualan (9x18)ft = RM400 RM350.00 !
1 Tapak/Booth Jualan (8x8)ft = RM250 RM200.00 !

UPDATED 10/3/2013
Layout Tapak



Khemah 8x8 kering
available : 5 lot

Khemah 8x8 basah
available : 9 lot

Khemah 9x18 basah
available : 8 lot

Kami akan cuba menghadkan jenis produk yg sama bg mengelakkan persaingan antara peniaga. Kami menggalakkan penjualan produk-produk yang unik; aksesori wanita,telekung,kasut/selipar,perfume,gajet,barangan ict,payung,aksesori kenderaan,jam tangan,topi,aksesori hp,produk kosmetik,produk kecantikan,baju tidur,barangan sukan,
jus buah-buahan,float,abc,cendol,takoyaki,burger,pau,kentan g putar,mee & nasi goreng,jagung,otak-otak,satay,durian crepe,rojak buah,nasi ayam,nasi ayam penyet,bakso,mee sup dan macam-macam produk lg yg sesuai dgn market student.

*Perhatian: Sila lihat video & gambar tapak di bawah ini dengan teliti untuk rujukan dan tafsiran masing-masing.



Gambar Karnival Fonesta 2012




Terma dan Syarat
* Penyertaan perniagaan hendaklah dari Peniaga yang berniaga Produk SAH dari segi Undang-undang Negara.
Produk terlarang adalah ditegah dari urusniaga seperti menjual Arak, Dadah, Senjata, Produk Tiruan dan Barangan Beracun.

* Penyertaan perniagaan menjual makanan, memasak dibenarkan berniaga di kawasan Jualan.

* Hari / Masa Operasi adalah seperti berikut;
o Khamis - 21/3/2013 : 11 mlm - 12 mlm : Persiapan Booth
o Jumaat - 22/3/2013 : 8 pagi - 11 mlm : Jualan Produk
o Sabtu - 23/3/2013 : 8 pagi - 11 mlm : Jualan Produk
o Ahad - 24/3/2013 : 8 pagi - 11 mlm : Jualan Produk


* Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Khemah Putih 18x18 : 1X meja, 2X kerusi, lampu, kipas dan elektrik. Khemah Biru 8x8 : 1X meja, 2X kerusi, lampu.
Hiasan Alas Meja dan lain-lain hiasan untuk kemudahan jualan TIDAK disediakan oleh penganjur. Peniaga digalakkan bawa meja sendiri dan generator, peniaga makanan boleh meletakkan meja di depan gerai.

Sekiranya peniaga ingin menggunakan peralatan/ mesin yang memerlukan penggunaan kuasa air atau elektrik keupayaan tinggi, perlu mendapatkan keizinan daripada pihak penganjur. Namun, mesin spt waffle, drip fryer, chiller ice cream, chocolate fountain adalah tidak dibenarkan.

* Peniaga yang sudah mendaftar serta membayar sewaan tapak niaga/booth,
tetapi gagal untuk menyertai Karnival ini pada tarikh yang ditetapkan,
pihak penganjur TIDAK akan mengembalikan wang sewaan tersebut.
Peniaga hendaklah mencari pengganti untuk berniaga pada tarikh tersebut.

* Pihak penganjur TIDAK akan bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap peniaga,
gerai dan barang jualan sepanjang masa. Sebarang aduan kehilangan adalah tanggungjawab peniaga sendiri
dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atasnya.
Walaubagaimanapun, pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk menjaga keselamatan pada waktu malam/ bukan masa perniagaan.
Pihak penganjur, dan juga mana-mana syarikat atau badan perseorangan yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung,
tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlakunya mana-mana perkara yang tidak diingini.

* Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang aduan dan bantahan sama ada rasmi
atau tidak rasmi oleh PEMBELI terhadap PENIAGA / BARANGAN JUALAN.

*Jumlah tapak adalah terhad dan bergantung kepada ‘first come first serve’.

Cara Sewa Tapak
1) SMS nama<>jenis produk<>nombor / size tapak
Cth Ali Burger 2a / 9x18ft

2) Confirmkan tapak dengan buat bayaran penuh

3) Terima resit pembayaran tapak dan buat persediaan perniagaan anda

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 012-6376515 (en. Muhd) insyaAllah, terima kasih

Sekian.